Powered By Blogger

Khamis, 13 Disember 2012

Doa

AdA apa Dengan Cinta

Amalan Zikir Harian

Rancangan Pelajaran Tauhid SMA 2012

Soalan Latihan Tauhid

Nota Tauhid

Nota Kitab Tauhid SMA

Salam sayang semua

Salam sayang

Salam sayang untuk semua, terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Saya adalah pencinta setia semua wanita kerana saya dilahirkan oleh seorang wanita.

Terima kasih.

Ahli Sunnah Wal Jama'ah



Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab:أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (Bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni. Ahlussunnah adalah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.
Takrifan
Ahlus Sunnah adalah orang-orang yang mengikuti sunnah dan berpegang teguh dengannya dalam semua perkara yang Rasulullah berada di atasnya dan juga para sahabatnya. Oleh kerana itu Ahlus Sunnah yang sebenarnya adalah para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari kiamat.


Sejarah
Fitnah di tubuh Islam
Fitnah pada saat wafatnya Rasulullah Muhammad
Ketika Rasulullah Muhammad SAW wafat, maka berlakulah salah faham antara golongan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang selanjutnya menjadi pemimpin kaum muslimin. Para sahabat melihat hal ini akan mengakibatkan perang saudara antara kaum muslimin Muhajirin dan Ansar. Setelah masing-masing mengajukan delegasi untuk menentukkan siapa Khalifah pengganti Rasulullah, akhirnya disepakati oleh kaum muslimin untuk mengangkat Abu Bakar sebagai Khalifah.